Sekarang anda dah tak perlu risau, tak perlu bersedih lagi! Sebagai usaha menggalakkan lebih ramai lagi yang menyertai ibadah qurban, I-Qurban menyediakan pakej qurban di bumi Chad, Afrika.
2 KALI GANDA jauh lebih murah berbanding dalam negara.
Kami nak buka peluang kepada rakyat Malaysia seramai mungkin untuk merasai dan melaksanakan ibadah qurban, walau sekali seumur hidup.
“Tak mengapa berqurban di negara lain, asalkan sampai pada orang yang betul-betul memerlukan dan niat sedekah dan ibadah kita itu sampai pada Allah”
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban).” [ Hadis Riwayat Tirmidzi ]
Anjuran:

Dengan Kolaborasi Selebriti:

Imam Muda
Nazrul
Imam Muda, Selebriti Tv, Pelakon, Penceramah agama, Penyanyi Nasyid

Isman
Hijjaz
Penyanyi Nasyid Hijjaz, Komposer

Ust. Mateen Yaaqub
Artis Nasyid Zayne & Selebriti tv

Ust. Syed Putra Haizam
Penceramah Agama & Selebriti tv

Ust.
Syakirin
Influencer, Penceramah Agama

Datuk Paduka Mustapha Kamal
Ikon Selebriti I-Qurban, Pelakon
KENAPA CHAD, AFRIKA JADI PILIHAN UNTUK LOKASI QURBAN KAMI?
80% masyarakat di negara jantung Afrika ini terdiri daripada umat Islam miskin tegar. Selain hadapi isu kemiskinan, mereka juga terpaksa berdepan isu:
- Kemarau
- Kekurangan Makanan
- Penyakit Berjangkit
- Anak-anak yang sedang membesar juga alami masalah kekurangan zat & nutrisi
CHAD NEGARA KEEMPAT
TERMISKIN DI DUNIA!

KAMI MENSASARKAN 500 EKOR LEMBU UNTUK DIQURBANKAN PADA AIDILADHA INI
500 ekor lembu ini dapat membantu lebih 2,500 keluarga di sana menerusi pengagihan daging lembu kepada golongan miskin dan mangsa pelarian di sana.
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah qurban (sebagai bersyukur)” Surah Al-Kauthar 108:2
2 Pahala dalam 1 Ibadah!
Ini salah satu sebabnya kenapa anda perlu berqurban bersama I-Qurban. Anda berpeluang mendapat 2 Pahala sekaligus dalam 1 ibadah iaitu:

1) Pahala melakukan ibadah Qurban

2) Pahala berinfaq melahirkan lebih ramai para huffaz Al-Quran.
Kerana I-Qurban ini merupakan salah satu sosio-ekonomi tahfiz kami. Jadi, bila anda berqurban dengan I-Qurban, sebenarnya dalam masa sama anda membantu kelangsungan hidup pusat-pusat tahfiz kami di Malaysia, di bawah kelolaan Akademi Tahfiz Al Islah.